Dikemas kini: 26 September 2026
AKSI ialah sistem pengurusan kokurikulum sekolah yang dibina dan diuruskan oleh mabx ("kami"). Notis ini menerangkan data yang disimpan oleh AKSI, sebab ia disimpan, dan cara ia dilindungi.
1. Peranan sekolah dan mabx
Setiap sekolah menentukan data yang dimasukkan ke dalam AKSI melalui ADMIN sekolah dan guru. mabx memproses data tersebut bagi pihak sekolah semata-mata untuk menyediakan AKSI. Data sekolah kekal milik sekolah.
2. Data yang disimpan
- Maklumat sekolah — kod sekolah, nama sekolah, jenis sekolah.
- Email ADMIN — untuk pengesahan pendaftaran, recovery akaun ADMIN, notifikasi keselamatan dan sambungan Google Drive AKSI.
- Akaun Guru — nama dan No. Pengenalan (sebagai ID log masuk), serta email/telefon jika diisi oleh sekolah.
- Data kokurikulum (mengikut modul yang digunakan sekolah) — maklumat murid, keahlian unit, jawatan, kehadiran, laporan aktiviti (PDF, termasuk gambar aktiviti), pencapaian dan Anggaran PAJSK AKSI.
- Data keselamatan — sesi log masuk, rekod cubaan log masuk (untuk had cubaan), dan log audit tindakan penting (contohnya tukar password, padam rekod).
Password tidak disimpan dalam bentuk asal (hanya hash PBKDF2). No. Pengenalan disulitkan (AES-GCM) dan dicari melalui HMAC — ia tidak dipaparkan dalam portal awam, URL atau API awam.
3. Tujuan penggunaan
Data digunakan hanya untuk menyediakan fungsi AKSI kepada sekolah: pengurusan unit, kehadiran, laporan, pencapaian, Anggaran PAJSK AKSI, sandaran dan keselamatan akaun. Kami tidak menjual data, tidak memaparkan iklan, dan tidak menggunakan data murid untuk pemasaran.
4. Cookie
AKSI hanya menggunakan cookie yang diperlukan untuk keselamatan: cookie sesi log masuk dan cookie perlindungan CSRF. Tiada cookie pengiklanan atau penjejakan pihak ketiga.
5. Penyedia perkhidmatan
- Cloudflare — hosting aplikasi, pangkalan data (D1), storan fail dan pengesahan keselamatan (Turnstile) bagi mengelakkan penyalahgunaan borang.
- Resend — penghantaran email sistem (pengesahan, pautan sekolah, notifikasi keselamatan).
- Google Drive — jika ADMIN menyambungkannya, salinan fail sekolah (PDF laporan, dokumen, sijil, eksport, sandaran) disimpan dalam folder AKSI di Google Drive akaun ADMIN sekolah sendiri. AKSI hanya boleh mengakses folder dan fail yang dicipta oleh AKSI.
6. Tempoh simpanan
- Sesi log masuk: 7 hari selepas tamat atau dilog keluar.
- Rekod cubaan log masuk: 30 hari.
- Token email, aktivasi dan reset password: 7 hari selepas tamat tempoh.
- Log audit dan sandaran: 1 tahun.
- Rekod yang dipadam oleh sekolah: dipadam kekal serta-merta. Fail berkaitan dalam storan dan Google Drive dipadam secara automatik sejurus selepas itu. Data yang dipadam mungkin masih wujud dalam sandaran lama sehingga sandaran tersebut tamat tempoh (1 tahun).
7. Keselamatan
Sambungan disulitkan (HTTPS), password di-hash, No. Pengenalan disulitkan, setiap sekolah diasingkan dalam pangkalan data, akses dikawal mengikut peranan (Guru / ADMIN), dan cubaan log masuk dihadkan. Tiada sistem yang bebas risiko sepenuhnya; jika berlaku insiden yang menjejaskan data sekolah, kami akan memaklumkan ADMIN sekolah.
8. Hak dan permintaan
Guru, ibu bapa atau murid yang ingin menyemak, membetulkan atau memadam data hendaklah menghubungi sekolah masing-masing, kerana sekolah yang mengurus data dalam AKSI. ADMIN sekolah boleh menghubungi kami untuk bantuan.
9. Perubahan notis
Notis ini mungkin dikemas kini apabila AKSI berubah. Tarikh kemas kini dipaparkan di bahagian atas halaman ini.
10. Hubungi kami
Pertanyaan tentang privasi: mabx@mabx.my