Dikemas kini: 26 September 2026
Terma ini terpakai kepada penggunaan AKSI — Sistem Pengurusan Kokurikulum Sekolah, yang dibina dan diuruskan oleh mabx. Dengan mendaftar atau menggunakan AKSI, sekolah dan penggunanya bersetuju dengan terma ini.
1. Perkhidmatan percuma
AKSI disediakan kepada sekolah secara percuma, tanpa yuran penggunaan. AKSI disediakan "seadanya": kami berusaha memastikan AKSI tersedia dan tepat, tetapi tidak menjamin ia bebas daripada gangguan atau ralat.
2. Pendaftaran dan akaun
- Sekolah didaftarkan oleh ADMIN yang diberi kuasa oleh sekolah. Pendaftaran tertakluk kepada pengesahan email dan kelulusan platform.
- Setiap sekolah mempunyai satu akaun ADMIN. Email ADMIN yang disahkan juga ialah akaun Google bagi Google Drive AKSI.
- Setiap guru menggunakan akaun sendiri. Pengguna bertanggungjawab menjaga kerahsiaan password dan tidak berkongsi akaun.
- Maklumkan kami segera jika anda mengesyaki akaun digunakan tanpa kebenaran.
3. Penggunaan yang dibenarkan
AKSI hanya boleh digunakan untuk urusan kokurikulum sekolah. Pengguna tidak boleh:
- memasukkan data yang sekolah tiada hak untuk mengumpul atau menggunakannya;
- cuba mengakses data sekolah lain, memintas kawalan keselamatan, atau mengganggu sistem;
- memuat naik kandungan yang menyalahi undang-undang, menghina, atau melanggar hak pihak lain;
- menggunakan AKSI untuk tujuan komersial atau pengiklanan.
4. Data sekolah
Data yang dimasukkan kekal milik sekolah. Sekolah bertanggungjawab memastikan data yang dimasukkan tepat dan dikumpul dengan sewajarnya. Pengendalian data diterangkan dalam Notis Privasi. Rekod yang dipadam dipadam kekal serta-merta dan tidak boleh dipulihkan melalui aplikasi.
5. Anggaran PAJSK AKSI
Anggaran PAJSK AKSI ialah anggaran dalaman berdasarkan rekod dalam AKSI sebagai panduan. Ia bukan keputusan rasmi PAJSK. Sekolah perlu merujuk sistem dan garis panduan rasmi untuk markah sebenar.
6. Bukan sistem rasmi KPM
AKSI ialah sistem bebas yang dibina oleh mabx. AKSI bukan sistem rasmi dan tidak dikendalikan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.
7. Perubahan, penggantungan dan penamatan
- Kami boleh menambah baik, mengubah atau menghentikan sebahagian fungsi AKSI dari semasa ke semasa.
- Kami boleh menggantung akses sekolah atau pengguna yang melanggar terma ini atau membahayakan keselamatan sistem.
- Jika AKSI dihentikan sepenuhnya, kami akan memberi notis yang munasabah kepada ADMIN sekolah supaya data dapat dieksport.
8. Had tanggungjawab
Setakat yang dibenarkan oleh undang-undang, mabx tidak bertanggungjawab atas sebarang kerugian tidak langsung yang timbul daripada penggunaan atau ketidaktersediaan AKSI. Sekolah dinasihatkan mengeksport atau menyimpan salinan rekod penting.
9. Perubahan terma
Terma ini mungkin dikemas kini. Penggunaan berterusan selepas kemas kini bermaksud persetujuan kepada terma baharu.
10. Undang-undang
Terma ini tertakluk kepada undang-undang Malaysia.
11. Hubungi kami
Bantuan dan pertanyaan: mabx@mabx.my